Tahu tak rakan-rakan bahawa Allah telah mencipta organ yang hebat ini dengan cukup sempurna sekali,tanpa perancangan Allah yang sempurna dan penuh seni,jantung kita tidak mungkin berfungsi dengan penuh sistematik utk sentiasa memberi kita nyawa yang kita punyai sekarang ini.Selalukah kita apabila bangun pagi terus mengucapkan Alhamdulillah tanda syukur kita atas denyutan jantung kita yang masih lagi berfungsi seperti hari-hari lain ?? Kadang-kadang kita lupa dengan nikmat Allah ini kerana kita tidak tahu apa itu jantung sebenarnya.So jom kita baca skit pasal jantung kali ini.
Jantung
- Jantung merupakan organ yang terletak ditengah-tengah dada diantara dua paru-paru.
- Jantung mempunyai 4 ruang(chambers),2 disebelah kanan dan dua disebelah kiri.
- Setiap ruang ini terpisah antara satu sama lain dan darah didalam setiap ruang tidak bercampur dengan ruang yang lain.
- Jantung mempunyai 4 injap yang akan buka dan tutup mengikut fungsi masing-masing.
- Injap mitral dan tricuspid akan buka apabila waktu mengisi darah dan tertutup apabila darah dipam.
- Injap Aortic dan Pulmonary buka apabila waktu darah dipam dan tertutup apabila darah di isi.
Kehebatan Jantung
- Jantung mengepam darah dan menerima darah dalam 0.8 saat,kurang dari 1 saat !!!
- Jantung mampu mengepam darah ke seluruh badan utk memberi nutrient dan oxygen pada 100 trillion cells dalam badan kita.
- Jantung mengepam darah yang berfungsi sebagai pertahanan badan dengan menghantar sel-sel darah putih utk membunuh apa sahaja benda asing yang boleh menyebabkan penyakit pada badan seperti virus dan bacteria.
- Jantung anda mampu dilatih dan menjadi besar seperti ahli gym membina otot mereka.
- Jantung mengepam 5liter darah seminit dalam keadaan rehat dan mampu mengepam sehingga 36 liter jika jantung anda bersenam,banyak kan ??? Sama dengan 24 botol air gas yang besar tuu,say WOW !!
- Injap jantung tutup dan terbuka dalam mengikut giliran masing-masing tanpa sebarang pertembungan agar darah dapat dipam dengan baik.
- Jantung mampu menahan tekanan yang tinggi sehingga kan tekanan itu andai diukur mampu memancutkan darah sejauh 9 meter. Lebih kurang 4 orang yang berketinggian 150cm.
Kesimpulan
Jantung merupakan anugerah dan seni yang terhebat yang dihadiahkan oleh Allah pada kita,tanpa jantung yang sehat dan sempurna kita pasti tidak bernyawa atau mempunyai pelbagai penyakit dan masalah.Jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali tentang kurniaan Allah ini.Jadi mari kita bertanya sedikit soalan pada diri kita.
Adakah dengan jantung yang sehat dan sempurna ini telah aku gunakan selama ini utk mencari bekal utk hari kemudian,sejauh manakah aku mensyukuri nikmat Allah ini dengan melakukan yang terbaik dalam amanah aku sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini atau jantung aku yang sempurna ini digunakan utk menggerakkan tubuh aku kearah yang lebih jauh dari Allah??
Adakah dengan kurniaan satu jantung yang indah ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah dan mencintai Allah lebih dari segala yang ada atau dengan jantung yang sihat ini kita semakin jauh dari Allah,dan hanya mengingati Allah ketika kita sakit ??
Syukurilah nikmat yang Allah berikan kerana nikmat itu hanya akan terasa apabila ianya hilang kecuali orang-orang yang bersyukur.
Yang Benar
Prince Mesir
alhamdulilah da jantung...sayangi jantung anda :)
ReplyDelete