Sunday, April 24, 2011

Kahak Menyebabkan Penyakit Lupa

Assalamualaikum kepada rakan-rakan pembaca blog ini,sekali lagi maaf diucapkan atas kelambatan utk update entry atas tggjwb2 yang semakin banyak dan besar telah Allah kurniakan kepada saya.Alhamdulillah,hari ini dapat dikongsi sedikit lagi ilmu yang dapat digunakan oleh kita semua dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh cabaran dan dugaan.Entry kali ini adalah tentang bagaimana mengubati penyakit lupa yang disebabkan "phlegm " atau dalam bahasa melayunya ialah KAHAK...

Kahak adalah sejenis cecair yang dihasilkan oleh saluran pernafasan kita sebagai pelindung kepada bacteria2 kecil yang mungkin masok ke dalam sistem badan kta dan menyebabkan penyakit.Kahak juga boleh menyebabkan penyakit lupa menurut kebanyakan ulama.


Rawatan
Penyakit lupa disebabkan kahak mampu dihilangkan melalui beberapa cara semulajadi berikut :

1.Selalu membaca al-Quran

  • Kajian menunjukkan sebutan-sebutan huruf dan perkataan dalam al-Quran mampu menghilangkan kahak seterusnya mengurangkan penyakit lupa dan menguatkan ingatan.
  • Membaca dan memahami makna perkataan2 didalam alQuran juga dapat membantu meningkatkan daya fikiran dan ingatan anda.
  • Membaca alQuran juga dapat menjadikan kita insan yang sentiasa mengingati Allah,dan Allah berfirman bahawasanya Dia akan sentiasa mengingati sesiapa yang selalu mengingati Dia.



2.Madu

  • Madu merupakan salah satu rawatan yang disyorkan nabi dalam pelbagai penyakit dan salah satunya ialah penyakit kahak yang boleh menyebabkan lupa.
  • Madu juga dapat membuang cecair lebihan didalam badan seperti darah dan lendir yang boleh menyebabkan penyakit.
  • Selain itu madu juga merupakan makanan yang disyorkan nabi utk menguatkan daya ingatan
  • Madu turut digunakan utk mengubati penyakit cirit-birit oleh nabi
  • Madu juga boleh digunakan utk mengubati keracunan akibat termakan cendawan beracun.


So dari entry kali ini,semoga dapat membantu rakan-rakan pembaca sekalian utk merawat penyakit lupa yang mana boleh menganggu perjalanan kta sebagai hamba Allah utk menjalankan tanggungjawab yang dipikul.Semoga dapat diamalkan walaupun sedikit,bak kata rakan saya,biar sedikit tapi betul-betul bermanfaat daripada banyak tapi satu pun tak ingat.Sekian wassalam..

Yang benar 
Prince Mesir

No comments:

Post a Comment