Monday, August 13, 2012

Sawan n Seizure :)

Assalamualaikum wbt kepada rakan2 pembaca blog ini,da lama sangat rasanya tak update blog nie,almost one year dah.Sorry wat kawan2 yg menunggu entry baru saya,kadang2 semangat tu down nk tulis,kesibukan urusan2 lain dan sebagainya membuatkan penulisan entry baru sentiasa tergendala.InsyaAllah kali ini sya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi menerusi kehidupan saya selama 21 tahun di atas muka bumi Allah ini,tajuk kali ini ialah tentang penyakit yang bernama Seizure atau dalam bahasa melayunya sawan.

Seizure atau Sawan merupakan satu penyakit yang boleh menyerang mana-mana orang tidak mengira umur,bangsa atau keturunan apa pun,dan penyakit ini juga terbahagi kepada beberapa jenis,ada yang sederhana dan ada yang teruk kesannya kepada pesakit.


Punca
Seizure berlaku disebabkan berlakunya ketidak seimbangan antara bahan kimia di dalam otak manusia,secara spesifiknya, bahan kimia yang menyebabkan badan kta bergerak melebihi daripada bahan kimia yang menghalang dari badan kita bergerak,oleh sbb itu kta dapat melihat orang yg terkena penyakit sawan akan bergerak,menggeletar atau kejang tanpa kawalan.

Kesan
Kesan sawan kepada pesakit bergantung kepada tahap teruknya sawan tersebut,selalunya pesakit akan pengsan dan diikuti dengan kekejangan otot2 diseluruh badan yang kadang2 boleh menyebabkan kesakitan yang kuat keatas otot2 yg terlibat.

Bagaimana mengesan seizure ?
Membuat rujukan kepada pakar neuro adalah satu pilihan yang paling terbaek dalam mengesan seizure serta tahap teruknya seizure dalam pesakit tersebut,secara amnya pesakit akan melalui Electro Enchepalo Gram iaitu satu proses mengesan keaktifan otak manusia.Keputusan graf EEG akan menentukan tahap seizure pesakit tersebut.



Kesimpulan 
Penyakit sawan selalunya memerlukan jangka masa panjang utk pesakit bebas sepenuhnya dari serangan sawan tersebut,secara amnya pesakit perlu consume ubat-ubatan  minimum 2 tahun,setelah dipastikan doktor bahawa penyakit tersebut betul2 hilang dan terhapus,barulah ubat-ubatan dapat dihentikan.

Monday, May 9, 2011

Your HeartBeat Belong to Allah

As-salamuaikum pada rakan-rakan,terima kasih sekali lagi kerana sudi membuka dan membaca entry kali ini,bukan mudah utk kita membuka dan membaca perkara-perkara ilmiah,ditambah lagi dengan godaan syaitan yang direjam,makin susah dan malas la kita nak membaca,,tapi alhamdulillah mereka yang membuka dan membaca entry kali ini diberi kesempatan,kekuatan dan iman oleh Allah utk terus menuntut ilmu Allah yang cukup meluas ini.InsyaAllah entry kali ini hendak saya kisarkan tentang Jantung atau Heart dalam bahasa inggeris dan Kalbu dalam bahasa arab.

Tahu tak rakan-rakan bahawa Allah telah mencipta organ yang hebat ini dengan cukup sempurna sekali,tanpa perancangan Allah yang sempurna dan penuh seni,jantung kita tidak mungkin berfungsi dengan penuh sistematik utk sentiasa memberi kita nyawa yang kita punyai sekarang ini.Selalukah kita apabila bangun pagi terus mengucapkan Alhamdulillah tanda syukur kita atas denyutan jantung kita yang masih lagi berfungsi seperti hari-hari lain ?? Kadang-kadang kita lupa dengan nikmat Allah ini kerana kita tidak tahu apa itu jantung sebenarnya.So jom kita baca skit pasal jantung kali ini.

Jantung
  1. Jantung merupakan organ yang terletak ditengah-tengah dada diantara dua paru-paru.
  2. Jantung mempunyai 4 ruang(chambers),2 disebelah kanan dan dua disebelah kiri.
  3. Setiap ruang ini terpisah antara satu sama lain dan darah didalam setiap ruang tidak bercampur dengan ruang yang lain.
  4. Jantung mempunyai 4 injap yang akan buka dan tutup mengikut fungsi masing-masing.
  5. Injap mitral dan tricuspid akan buka apabila waktu mengisi darah dan tertutup apabila darah dipam.
  6. Injap Aortic dan Pulmonary buka apabila waktu darah dipam dan tertutup apabila darah di isi.

Kehebatan Jantung
  1. Jantung mengepam darah dan menerima darah dalam 0.8 saat,kurang dari 1 saat !!!
  2. Jantung mampu mengepam darah ke seluruh badan utk memberi nutrient dan oxygen pada 100 trillion cells dalam badan kita.
  3. Jantung mengepam darah yang berfungsi sebagai pertahanan badan dengan menghantar sel-sel darah putih utk membunuh apa sahaja benda asing yang boleh menyebabkan penyakit pada badan seperti virus dan bacteria.
  4. Jantung anda mampu dilatih dan menjadi besar seperti ahli gym membina otot mereka.
  5. Jantung mengepam 5liter darah seminit dalam keadaan rehat dan mampu mengepam sehingga 36 liter jika jantung anda bersenam,banyak kan ??? Sama dengan 24 botol air gas yang besar tuu,say WOW !!
  6. Injap jantung tutup dan terbuka dalam mengikut giliran masing-masing tanpa sebarang pertembungan agar darah dapat dipam dengan baik.
  7. Jantung mampu menahan tekanan yang tinggi sehingga kan tekanan itu andai diukur mampu memancutkan darah sejauh 9 meter. Lebih kurang 4 orang yang berketinggian 150cm.
Kesimpulan
Jantung merupakan anugerah dan seni yang terhebat yang dihadiahkan oleh Allah pada kita,tanpa jantung yang sehat dan sempurna kita pasti tidak bernyawa atau mempunyai pelbagai penyakit dan masalah.Jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali tentang kurniaan Allah ini.Jadi mari kita bertanya sedikit soalan pada diri kita.

Adakah dengan jantung yang sehat dan sempurna ini telah aku gunakan selama ini utk mencari bekal utk hari kemudian,sejauh manakah aku mensyukuri nikmat Allah ini dengan melakukan yang terbaik dalam amanah aku sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini atau jantung aku yang sempurna ini digunakan utk menggerakkan tubuh aku kearah yang lebih jauh dari Allah??
Adakah dengan kurniaan satu jantung yang indah ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah dan mencintai Allah lebih dari segala yang ada atau dengan jantung yang sihat ini kita semakin jauh dari Allah,dan hanya mengingati Allah ketika kita sakit ??


Syukurilah nikmat yang Allah berikan kerana nikmat itu hanya akan terasa apabila ianya hilang kecuali orang-orang yang bersyukur.

Yang Benar
Prince Mesir