Ok,sbb itulah tajuk entry utk kali ini utk pembaca2 sekalian,susah itu dikatakan satu nikmat andai kita sendiri tahu akan kebaikan sebalik kesusahan itu dan semestinya disebalik kesusahan itu sentiasa ada kebaekannya tersendiri cuma cara kita melihat dan menerima kesusahan itu yang perlu diperbetulkan.Ramai diantara kita mengeluh,SUSAH sgt nak jadi Muslim yang baik nie,mesti nk kena buat perkara dibawah yang mana perkara paling susah kita hendak buat iaitu
SOLAT 5 WAKTU
Ramai org cakap,solat itu mencegah kemungkaran dan memperbaiki akhlak,tpi ramai juga yang kata begini "aku tgk mamat tu solat,tapi perangai teruk jugak ",so kenapa semua nie terpacul dari mulut kita ?? Sbb mmg perkara itu betul, tahu kenapa jadi mcm 2 ?? Sbbnya kita tidak memahami makna dan menghayati setiap bacaan dalam solat itu sendiri.
Come on u guys,mcm mana nak jadi lebih baik sedangkan makna Al-Fatihah sendiri kita masih tak faham dan xboleh terjemah satu per satu.Bukanla panjang surah AL-Fatihah tu,berapa kerat ayat jer pun.Kalau sblm nie kita boleh belajar dan faham bahasa korea,jepun dan ada sesetengah dari itu mampu bercakap lagi,tetapi......
Dimana Letaknya Bahasa Syurga Dalam Hati Kita ???
Dimana Quran dalam hidupku??
Anda lebih tahu !!
"Susahla,xpernah belajar b.arab",thats not an excuse. ok ??
Caranya tidak lain dan tidak bukan melainkan kita meletakkan esok bukan milikku lagi,andai esok kita ditakdirkan utk bertemu dgn Allah,tiada lagi utk kita peluang menambah amal kita,so sentiasa fikir hari ini hari terakhir utk aku,hari terakhir dan hari terakhir utk ku mencari bekal kerana esok bukan milikku.Andai begitu,aku harus sentiasa melakukan yang terbaek dalam apa jua pada hari ini,aku akan menuntut ilmu bersungguh2,aku akan jaga solatkku,imanku,pendek kata kita akan melakukan apa jua perintah Allah sebaik mungkin agar tiada penyesalan bagi kita andai esok bukan milikku lagi.
Sekali lagi,saya minta pembaca-pembaca agar dapat membayangkan yang esok benar-benar tiada utk kalian,ambillah masa 5 minit utk bertenang,renung semula dan imbas kembali apakah amal aku selama ini sudah cukup utk aku persembahkan pada Pencipta Nyawaku ?? Adakah amalku sudah cukup utk membawa aku kesyurga kelak ?? Janganlah kita jadi manusia yang sombong dengan mengatakan kata-kata yang seolah2 sudah pasti esok itu milikku tanpa rasa bersalah,ingat esok bukan milikku,kematian sentiasa berada di sisi kita,berbaktilah dan carilah amal sebanyak mungkin pada hari ini.InsyaAllah,dgn cara begini kita akan sentiasa jadi muslim yang lebih baik setiap hari-hari yang akan datang.
Akhir kata,
Ya Allah,
Cintaku Pada Allah Melebihi Segala2nya,
Aku Memohon Ampun Atas Dosa2 Lalu,
Jadikan Aku Insan yg Kuat utk Mencari CintaMu,
Dekati dan Dampingiku Ya Allah.
Sungguh,Engkaulah Cinta Agungku.
n.b
Medical Knowledge Entry akan diupdate selepas saya exam,thanks for reading
Kenapa selalu guna warna hijau ??
Warna kegemaran Rasulullah
credit goes to Opie again
Yang benar
Prince Mesir
salam... andai kita bersungguh2 ingin meniti jalan kebenaran dan keredhaan, pasti Allah membuka jalan kpdnya.... insyaAllah... sekalipun jalan kebenaran itu penuh dgn dugaan...(n_n)...
ReplyDeleteustazahana:betul 2,kesusahan itu hanya satu cabaran utk menjadi yang lebih hebat,contohnya mcm maen game,klau kita lepas utk level yg susah,sudah tentu kta akn jadi org yg hebat dlm permainan itu,sama juga mcm hidup kita...ujian hanya satu medium utk menjadikan kta manusia yang lebih hebat dimasa depan...so u have to fight if there are any tough way in front of u...
ReplyDeletep.s when the going get tought,only the tough get going :)