Ok,sebenarnya kata-kata itu hanya pandangan saya terhadap masyarakat Arab Mesir disini,seperti mana yang kita tahu dan dihebahkan2 tentang masyarakat arab ini xlaen dan xbukan mesti perkara-perkara yang buruk kan,kan kan ?? Pernahkah kita terfikir yang mereka juga manusia biasa yang tiada kesempurnaan selagi mana mereka bergelar MANUSIA,tetapi kita masyarakat di Malaysia selalu mengatakan mereka seperti dibawah ini:
1.Orang Arab ini kasar
2.Orang Arab ini suka bergaduh
3.Orang Arab suka cakap jerit2 dan kuat2
4.Orang Arab suka menipu,dlu aku waktu dkt sana selalu kena tipu
5.Orang Arab teruk,tak maju,English pun tak tahu cakap
6.Orang Arab pengotor dan mcm2 lagi....
Kenapa kita sentiasa beratkan hati kita dgn meletakkan permusuhan hanya kerana sebab2 kecil diatas,adakah semua orang Arab begitu ?? Adakah yang menipu itu hanya bangsa Arab ?? Adakah yang suka bergaduh itu hanya orang Arab ?? Sedihnya kalau kita sentiasa berfikiran begitu,tidak terdetikkah di hati kita,Allah itu maha Adil,setiap makhluk yang diciptakannya punya kelemahan dan kelebihan,even kita orang Melayu Islam sendiri pun ada sifat-sifat lemah yang dari sejak azali diketahui ramai lagi seperti suka mengumpat,dengki,berdendam dan macam-macam lagi...
Sepatutnya kita sebagai orang Islam,saya ulang sekali lagi sebagai orang Islam sepatutnya mengisi hati kita dgn mencari keindahan masyarakat Islam yang lain,bukannya kelemahan,sbb itulah kadang2 kita solat tapi tetap ada sifat-sifat mazmumah dalam diri,sbb kita sendiri isi hati kita dengan perkara yang negatif.Allah sendiri berfirman "Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya ",rasanya ramai je yang selalu dengar kan tentang ayat ini,tetapi sejauh mana ayat ini dalam praktikal kehidupan kta ??Only u have the answer.
Then entry kali ini,saya nak korang semua terutamanya di Malaysia mengetahu kelebihan2 rakyat Mesir yang mana saya lihat mmg sangat mengkagum kan dan mampu mengalirkan air mata serta terasa indah sgt jika kita menghayatinya.
1.Mmg orang arab selalu bergaduh,tetapi mereka bergaduh mulut sahaja,dan mereka selalunya berakhir dgn pendamaian tetapi berbeza di Malaysia,bergaduh tak dengar byk cakap pun tapi nanti berjumpa kat tempat yang lebih sunyi then siap dengan kayu,pisau dan sebagainya kemudiannya masok berita dan berakhir dgn kematian
2.Ketika masuknya waktu solat,mereka semua meninggalkan pekerjaan serta perniagaan mereka dan berjemaah di masjid,ramainya mereka seperti kita solat jumaat di Malaysia tetapi berbeza pula di Malaysia
yang mana apabila masuk waktu Zohor,masing2 sibuk dgn perkejaan dan solat bersendirian tanpa memenuhkan ruang saf di masjid,masjid besar dan cantik tetapi kosong tidak berisi.
3.Di mesir,bila dua orang arab bergaduh atau bertengkar dan hendak bertumbuh,20 orang tukang sabar yang datang utk mendamaikan mereka,berbeza dgn di Malaysia,2 orang bergaduh,tetapi 30 orang tukang hasut suruh bertumbuk dan bergaduh lagi...ish3 !!
4.Disini susah mendengar radio dipasangkan dgn lagu2 orang putih atau sebagainya,tetapi alunan Al-Quran sentiasa berada di mana2,teksi,kedai makan kedai baju dan laen2 lagi,tetapi berbeza di Malaysia,orang Islam sndri malu utk memasang alunan Quran kerana nanti takot dikatakan poyo,bajek baek,eleh kejap je 2 dan mcm2 lagi tomahan berbanding dgn kata2 Allah...
5.Jika seseorang melakukan kesalahan,mereka terus menegur dan si pesalah sndri mengaku dan tiada merasa dendam dan benci bahkan mengaku kesalahannya,kalau di Malaysia,jika ditegur org yang menegur akan dibelasah,dicaci dan dihina
Inilah yang saya maksudkan dgn Find The Good in Big Mistake selama saya menuntut ilmu di bumi anbiya,saya yakin dan percaya jika kita dapat mencontohi sifat-sifat terpuji yang ada pada masyarakat Mesir,InsyaAllah akan berkurangnya jenayah dan Malaysia dapat menjadi negara yang lebih aman dan terpuji serta sentiasa berada di bawah Rahmat Allah sentiasa.Akhir kata saya sertakan video Solat Terawih pada bulan Ramadhan di Bumi Anbiya pada tahun lepas,tempat ini betul-betul berada di sekitar tempat tinggal saya disini,InsyaAllah saya akan menyambut Ramadhan akan datang disini utk merasai sendiri suasana yang dashyat ketika solat terawih disini...
Dashyat mcm mana,tgk video ok !! :)
Mampu tak utk meramaikan solat sebegitu ??
Credit goes to Opie
Yang Benar,
Prince Mesir