Monday, August 13, 2012

Sawan n Seizure :)

Assalamualaikum wbt kepada rakan2 pembaca blog ini,da lama sangat rasanya tak update blog nie,almost one year dah.Sorry wat kawan2 yg menunggu entry baru saya,kadang2 semangat tu down nk tulis,kesibukan urusan2 lain dan sebagainya membuatkan penulisan entry baru sentiasa tergendala.InsyaAllah kali ini sya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi menerusi kehidupan saya selama 21 tahun di atas muka bumi Allah ini,tajuk kali ini ialah tentang penyakit yang bernama Seizure atau dalam bahasa melayunya sawan.

Seizure atau Sawan merupakan satu penyakit yang boleh menyerang mana-mana orang tidak mengira umur,bangsa atau keturunan apa pun,dan penyakit ini juga terbahagi kepada beberapa jenis,ada yang sederhana dan ada yang teruk kesannya kepada pesakit.


Punca
Seizure berlaku disebabkan berlakunya ketidak seimbangan antara bahan kimia di dalam otak manusia,secara spesifiknya, bahan kimia yang menyebabkan badan kta bergerak melebihi daripada bahan kimia yang menghalang dari badan kita bergerak,oleh sbb itu kta dapat melihat orang yg terkena penyakit sawan akan bergerak,menggeletar atau kejang tanpa kawalan.

Kesan
Kesan sawan kepada pesakit bergantung kepada tahap teruknya sawan tersebut,selalunya pesakit akan pengsan dan diikuti dengan kekejangan otot2 diseluruh badan yang kadang2 boleh menyebabkan kesakitan yang kuat keatas otot2 yg terlibat.

Bagaimana mengesan seizure ?
Membuat rujukan kepada pakar neuro adalah satu pilihan yang paling terbaek dalam mengesan seizure serta tahap teruknya seizure dalam pesakit tersebut,secara amnya pesakit akan melalui Electro Enchepalo Gram iaitu satu proses mengesan keaktifan otak manusia.Keputusan graf EEG akan menentukan tahap seizure pesakit tersebut.



Kesimpulan 
Penyakit sawan selalunya memerlukan jangka masa panjang utk pesakit bebas sepenuhnya dari serangan sawan tersebut,secara amnya pesakit perlu consume ubat-ubatan  minimum 2 tahun,setelah dipastikan doktor bahawa penyakit tersebut betul2 hilang dan terhapus,barulah ubat-ubatan dapat dihentikan.