Wednesday, March 30, 2011

Pass The Hard Things n U will Fell the Nikmah !!

Assalamualaikum kepada rakan-rakan pembaca blog ini,terima kasih atas kesetiaan anda meluangkan sedikit masa utk kita sama-sama berkongsi secebis ilmu pengetahuan milik Allah pada hari ini,menyepi tak bermaksud hilang,so sebelum itu saya memohon kemaafan atas kelambatan meng "update" blog ini meskipun saya telah meletakkan status bahawa blog akan diupdate beberapa minggu yang lalu kerana terdapat beberapa perkara yang harus saya selesaikan sejak pulang ke Malaysia lebih sebulan yang lalu.So,diharap dengan entry kali ini dapat dimaafkan atas kesalahan tersebut.

So,kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu kehidupan yang mana kesemua orang akan menghadapinya cuma yang menjadi persoalan hanyalah cepat atau pun lambat.Setiap orang yang dilahirkan dimuka bumi ini,masing-masing mempunyai masalah dan kesukaran yang akan dihadapi,namun tahap kesukaran yang dihadapi oleh setiap insan itu tersendiri berbeza-beza.Namun apa yang penting disini ialah,sejauh mana kita tempuh setiap kesukaran dgn penuh sabar dan ikhlas dengan menetapkap didalam hati bahawa ini adalah satu kurniaan yang besar dalam hidup kita.

Kenapa saya kata kesusahan adalah satu kurniaan ??? Kerana dengan kurniaan kita dapat merasai erti NIKMAT,nikmat merupakan satu keseronokan atau pun perasaaan lega yang kita rasai setelah melalui sesuatu kesukaran atau ujian dari Allah.Sedarkah kita ?? Kadang2 kita diuji dgn sesuatu yang sukar,kadang2 kita terasa lemah yang amat sangat namun dgn iman yang ada kita tidak pernah berhenti utk meneruskan hidup hanya kerana satu kesusahan yang menghalang kita,perasan kan ?? Kita cuma memperlahankan langkah kita yang sudah terlalu laju dalam kehidupan ini yang menyebabkan kita semakin jauh dari Allah,betul kan ??



Kesenangan membuatkan kita lupa secara automatiknya kepada Allah secara kita sedar atau tidak,dgn kesusahan kita lebih banyak mengingati Allah berbanding sewaktu kita senang,betul kan ?? I Know This Fact is Always Right.Dont U All see something behind all this hard things ?? Dengan kesusahan juga mengajar kita erti lebih bersabar,lebih tenang dan lebih matang dan secara tidak langsung membawa kita kepada satu tahap kematangan yang seterusnya tanpa kita sedari.Contohnya,mula2 kita maen game,kta perlu melepasi level pertama,kadang2 kita gagal dan kita berhenti sebentar mencari kekuatan,kemudian kita akan cuba lagi utk melepasinya sehinggalah kita berjaya,dan betapa manisnya kejayaan yang kita rasai itu,kan kawan2 ???


So,dari entry yang ringkas hari ini,mari kita muhasabah diri kita masing2 agar sentiasa mengingati Allah tidak kira masa dan ketika meski dimana pun kita berada kerana salah satu orang yang hebat didunia ini ialah insan yang ketika susah amat2 mengingati Allah bahkan diwaktu senang lebih lagi ingatannya kepada Allah berbanding diwaktu susah,satu perkara yang sukar utk dilakukan,kan kawan2?tapi marilah kita sama2 cuba utk melepasi kesusahan perkara itu agar kita dapat merasai erti MANISNYA IMAN...Moga dengan mengingati Allah selalu dapat membantu kita utk berjumpa dengan Nya kelak..

Yang Benar
Prince Mesir..